Firewall, Fungsi dan jenis-jenisnya
Pengertian, Fungsi Dan Jenis-Jenis Firewall Sesebuah rangkaian komputer biasanya di lindungi oleh satu peralatan/aplikasi firewall. Firewall ini sangat penting kerana ia dapat melindungi sebuah rangkaian daripada serangan dari luar. Maksud serangan dari luar adalah serangan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Firewall ini akan menyaring/menapis (filter) data/trafik yang hanya di benarkan saja. Jika terdapat data/trafik yang tidak di benarkan maka data tersebut akan di halang (reject/drop) oleh firewall. Firewall sangat penting untuk menjaga keselamatan jaringan. Pengertian Firewall Firewall (tembok api) adalah suatu aplikasi/cara komputer pada sistem komputer atau satu hos komputer yang berfungsi untuk mengawal dan melindungi sesebuah jarinan komputer daripada serangan-serangan/pencerobohan oleh pihak luar yang tidak bertanggung jawab. Cara firewall bekerja adalah dengan menyaring/menapis paket-paket...